Friday, May 9, 2008

MPSJdigesakajikeselamatan penggunajalanraya~PUCHONG UTAMA -
Pengguna jalanraya di sekitar kawasan ini menggesa MajlisPerbandaran Subang Jaya (MPSJ)mengkaji semula tahap ketinggian besi keselamatan penghadang kenderaan berat di Persiaran Utama di sini.
Dakwa mereka, sudah beberapa kali besi had ketinggian terbabit dilanggar oleh pemandu kenderaan berat akibat tidak nampak kewujudannya terutama ketika waktu gelap dan berkabus.
Pembantu Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Kuan Chee Heng berkata, beliau menerima banyak aduan orang ramai mengenai kekurangan ciri keselamatan yang ada pada besi penghadang berkenaan.
Katanya, sebelum ini seorang pemandu lori yang tidak menyedari kewujudan besi berkenaan melanggarnya sehingga menyebabkan kecederaan parah setelah tersepit dalam kemalangan itu .
Keadaan penghadang besi had ketinggianyang tinggal separuh selepas dilanggar kenderaan berat.
"Selepas membuat aduan, MPSJ meletakkan bonggol bagi mengelakkan kenderaan berat memandu dengan laju di kawasan itu dan langkah keselamatan yang diamlbil itu amatlah wajar.
"Penduduk mengucapkan terima kasih kepada pihak MPSJ kerana membina had ketinggian bagi mengelakkan kenderaan berat melalui taman perumahan dan merosakkan jalan," katanya demikian kepada Sinar Harian selepas mendakwa besi had ketinggianb erkenaan dilanggar kenderaan berat dan berada dalam keadaan membahayakan kepada pengguna.
Namun menurut Chee Heng, tahap keselamatan yang ada pada had ketinggian itu masih kurang kemudahan seperti lampu kecemasan dan sebagainya.
Katanya, kos untuk membina besi had ketinggian itu bukan murah malah ia mungkin menelan belanja hampir RM6,OOO atau RM 7,000 bagi setiap kali pembinaan.
"Sekiranya pihak MPSJ memasang lampu kecemasan di besi itu untuk memberi amaran kepada pemandu kenderaan berat, ia sedikit sebanyak dapat mengelakkan lebih ramai yang melanggarnya.
"Mungkin kos yang terpaksa ditanggung MPSJ dapat dikurangkan sekiranya lampu dipasang," katanya.
Jelasnya lagi, orang ramai boleh mengambil tindakan kepada MPSJ sekiranya spesifikasi berkenaan tidak mempunyai ciri keselamatan sempurna dan membahayakan nyawa mereka.
'Tetapi MPSJ juga boleh mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang secara sengaja melanggar besi berkenaan walaupun mengetahui akan kewujudannya.
"Mereka yang terlihat perkara itu boleh segera menghubungi MPSJ untuk melaporkan mengenai perbuatan orang ramai yang cuba merosakkan harta awam ," ujamya.Ini kerana besi yang melintang diatas jalan raya terbabit hanya tinggal separuh, malah tidak berada dalam kedudukan kukuh sekiranya disentuh.